Berhati-hatilah

salam..


pkol 6.00 petang, ketika umat Islam sedang sibuk menyiapkan juadah berbuka utk Ramadhan pertama, aku sedang menolong mak kat dapur.. tiba2 telefon mak berbunyi..




mak jawab, perlahan2 bergerak ke ruang luar dapur yang agak terpencil.. pertuturan sepenuhnya dalam bahasa jawa, aku cuma mampu menangkap sebahagian kecil sahaja maksudnya, namun sudah dapat memahami maksud panggilan tersebut..


ku usap2 belakang badan mak yg berombak2 menahan kesedihan dalam perbualan tersebut..


usai berbuka, kami terus bergerak pulang ke Kampung Jawa, Segamat, Johor.. sampai disana, tepat ketika jenazah baru sahaja selesai disembahyangkan.. sempat ku sedekahkan bacaan ayat2 suci Al-Quran kpd jenazah, dan sempat juga ku iringi jenazah menaiki van sehingga ke liang lahad..








Mohd Saiful Suhadi merupakan sepupuku yg sebaya umur denganku.. kemalangan berlaku di kawasan kampung, sehingga malam tadi status kes masih samar2 kerana tiada saksi yg betul2 menyaksikan kejadian tersebut dari awal..


kepada rakan2 diluar sana especially menaiki motor, tungganglah dengan selamat dan berhati-hati.. utamakan keselamatan, pakailah topi keledar..




Al-Fatihah..






2 comments:

kotak said...

al fatihah.
tempat tuu memang bahaya sikit
arwah atok pon menninggal accident moto kat situu.

missgee said...

Salam Takziah..

Al-fatihah untuk arwah..